Asskum untuk semuaaa....Al-Fatihah untuk bapak. Semalam genap seminggu bapak meninggalkan kami. Saya balik ke Sungai Petani selepas kelas Jumaat 10 Mei minggu lepas. Sempat jumpa arwah di hospital Sabtu tu. Pukul 3.30 petang arwah menjalani pembedahan. Pukul 9.15 malam arwah menghembuskan nafas terakhir.
Ulser usus bapak sudah berada di peringkat yang serius dan tak dapat diselamatkan lagi. Saya adik beradik redha dengan segala ketentuan Allah. Kami berempat berada di sisi bapak ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Saya kehilangan mentor kehidupan. Arwah menjadi rujukan atas semua keputusan penting dalam hidup saya.
Jujurnya, saya selalu takut untuk meminta pendapat bapak. Sebab - selalunya pendapat bapak terutamanya yang berkaitan dengan soal kehidupan ibarat ubat yang pahit untuk ditelan. Tetapi sangat mujarab.
Saya dengan bapak selalu berbeza pendapat - selalu `bertekak'.. tetapi akhirnya dalam diam-diam saya akui, apa yang bapak cakap betul - saya sangat rindu dengan bapak.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapak dan mak. Semoga bapak dan mak diampunkan dosa. Insyallah sebagai anak, doa kami tidak akam putus untuk bapak n mak.
Alfatihah untuk mak dan bapak