May 10, 2013

KELAS maruku dan biskut raya lama-lama Suzana Raman - Sabtu 25 Mei


Asskum untuk semua….






Kelas 2in1 Suzana Raman di Bzee Bakery Seremban, 2 – Sabtu, 25 Mei…
Jom belajar buat Maruku dan biskut raya lama-lama dalam masa sehari. So senang, tak yah ulang alik. Satu hari, kampoi semua….Balik bleh teruih buat sample….Tapi kalau nak belajar salah satu pun bleh….tak dak sapa yang nak kata Haiiippppppp…
Ni detailsnya:

PAGI
TARIKH: Sabtu, 25 Mei
MASA: 9 pagi – 2 petang
KELAS: MARUKU MALATOP
(resepi yang telah diolah – lebih ummphhh dengan rasa yang lebih mengancam dengan kehadiran rasa pedas-pedas manjaaa)
YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100

PETANG
TARIKH: Sabtu, 25 Mei
MASA: 2 petang – 5 petang
KELAS: 10 jenis biskut lama-lama yang evergreen (Biskut untaian, samperit kastard, dahlia, samperit koko, black beauty, golden ring, kelapa, biskut Y, peanut butter dan teratai layu)
Dannnn ada 3 resepi biskut freeee of  charge..
Acuan semperit boleh pre-oder
Begitu juga acuan maruku
YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100

Pada student yang nak oder seksiap acuan maruku atau acuan samperit, boleh deal direct ngan SUZANA RAMAN  - 019 474 1363

Cara mendaftar:
1.     Bank in deposit ke Maybank Account Bzee Café & Bakery -  5051 76100 195.
2.     Pas bank in, SMS ke nombor 019 282 0053 (zalina yahaya).
3.     Apa yang nak sms: Nama, date class, jumlah bank in dan tajuk kelas tuh
Contoh: Sabariah Mansor, 25 Mei, RM200, Maruku dan Biskut Raya
Mintak kerjasama anda untuk tidak bagi nama glamer anda contoh: Mira Makmur Gebu….
Saya nak nama penuh untuk memudahkan kerja pendaftaran masa kelas.
4.     Untuk yang nak order acuan – sila direct ngan Suzana Raman – saya tak tau apa-apa. Saya hanya penjaga kuchen..