May 5, 2013

Kelas TEMARIS 100% HANDS ON OLEH ANISSAN KHAN DI BZEE BAKERY

Assskum dan alooo untuk semua....sangat teruja dan ralit memerhatikan cikgu muda kita - Anissa Khan dari Cupcake Confetti mengajar cara buat kek Temaris semalam. Teliti dan sangat details. Daripada cara membulatkan kek, mengicing, memfondant dan yang terbest cara menghias. Daripada kek bulat kosong bertukar menjadi kek yang sangat cantik dan penuh glam. Fuhhhhh..sangat sesuai ditawarkan untuk package hantaran dan gift. Satu idea fresh dan terbaru yang boleh dicadangkan kepada customer anda yang mahukan sesuatu yang baru untuk hantaran masa majlis kawin ker, tunang ker, hiasan meja pengantin ker atau untuk yang lebih daring - untuk VIP gift...sangat cantik dan mewah.

 Temaris ni adalah sejenis seni hias kek mengambil inspirasi daripada Japanese Art yang dinamakan Temari. Temari ni dalam bahasa jepun bermaksud - Hand Ball.

Ni kek butter yang dibalut fondant dan dihias dengan royal icing. Nak pakai kek coklat pun tak pa. Tapi yang penting kena kek yang `heavy' bagi memastikan Temaris anda cantik bulat berkilat.

Dalam kelas 100% praktikal ni, Anissa tunjukkan step by step mcam mana nak membentuk Temaris yang perfect tanpa sebarang kecacatan terutamanya dari segi bentuk dia yang bulat tu.

Pastu student diajar buat 4 design dan satu lagi design untuk dibuat oleh student menggunakan idea sendiri.
Alhamdulillah semua dapat buat dengan sempurna dan sangat cantik. Yang tak terror pun boleh buat dengan sempurna.

Jom tengok gambar-gambar sekitar kelas yang sangat meriah dan huru hara ni. Gamat!
































Gambar semasa kelas sedang berlangsung semalam....



Anissa tengah demo secara details mcm mana nak deco Temaris
















Kepada kesemua 16 student yang join kelas ni...Terima kasih tak terhingggggaaaa dan pada Anissa...kita jumpa lagi 11 Mei ni....sangat best kelas ni....