May 3, 2013

SIARAN ULANGAN (KALI KE -3) KELAS KEK KUKUS EKONOMI

Asskum untuk semua....




HARAP MAKLUM....sekali lagi nak kena habaq kelas kek kukus TERHOT - KEK KUKUS EKONOMI pada AHAD, 12 MEI NI dah penuh, terlebih sudahhh.. SANGAT-SANGAT terlebih. 


Mintak kerjasama untuk tidak bank in deposit lagi.

Tapi jangan bimbang dan gundah gulana, Atas permintaan ramai ..SIARAN ULANGAN KALI KETIGA akan diadakan pada tarikh berikut:

26 MEI - AHAD
(jadual asal kelas biskut Retro Suzana Raman akan diadakan pada Sabtu, 25 Mei - petang. 2.30 petang. Paginya kelas Maruku Malatop. Tunggu pengumuman details pas ni)

MASA: 11 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT: Bzee Bakery, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan
PENGAJAR: Zalina Yahaya

Apa yang akan diajar: KEK CHOCOLATE MOIST, RED VELVET, TIRAMISU, KEK LUMUT DAN CHOCOLATE PEANUT BUTTER

YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100 (tidak akan dikembalikan ATAU difoward ke kelas lain walau atas apa alasan sekali pun jika pembatalan dibuat lewat daripada SELASA, 21 MEI)
Maaaf, saya tak boleh berlembut lagi dalam hal ni sebab pengalaman NGERI sebelum ni (ngeri tawww...!!!)

Cara nak daftar:

1.Bank in deposit ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195.

2. Pastu SMS ke nombor 019 282 0053 (saya ULANG SMS).SMS: nama, kelas apa, tarikh dan jumlah bank in. Sila SMS NAMA PENUH (saya ulanggg...nama penuh...tak mao lagi nama glam contoh: Kiah Sadur, Milah Sweet Pie atau Usein Lempoyangggg..

Ni bagi mengelakkan kekeliruan semasa mendaftar di kelas. Ada 12 orang nama Ema...(hahaha..ni saja kasi over sket)

Contoh yang betul : ZALINA YAHAYA, KEK KUKUS EKONOMI, 26 MEI, RM100

SANGAT-SANGAT PENTING – SILA SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN ATAU EMEL PADA SAYA (bzeebakery@gmail.com) dan kemukakan masa mendaftar di kelas. Yang tak dak bukti pembayaran dianggap TAK BAYAR…so kena lah bayar sekali lagi

Sekian, harap maklum...

Labiu
Zalina, Bzee Bakery, Seremban 1