Mar 28, 2009

Kelas Fondant






Hari ni, ada kelas fondant untuk empat student - Kak Zu, Mala, Kak Long n Kak Zaharah. Daripada empat orang tu, cuma Kak Zu yang saja yang ada basic decoration. Kak Zu penah belajar buttercream n steamed buttercream cake decoration. Yang tiga orang lain tu memang tak ada basic, tapi minat sangat dengan decoration kek fondant ni.
Saja-saja nak belajar kata dia orang, tapi kalau u all tengok hasil-hasil kek fondant yang dia orang hasilkan, macam tak pecaya jeer yang dia orang ni baru pertama kali pegang fondant.
Anda tengok sendiri gambar-gambar hasil keempat-empat `budak baru belajar ni....'. Kalau rajin buat selalu ni, tutup kedai lah saya, tak bleh nak berniaga kek fondant lagi...hehehhe.
Tapi tak pa, tu rezeki masing-masing. Kalau rajin buat selalu, saya confident hasil dia orang akan lebih halus n cantik.
So, pada sapa-sapa yang nak blajar fondant (jangan bimbang, kalau tak dak asas pun saya akan ajar sampai boleh), boleh cll/sms saya, zalina (019 282 0053). Harga setiap kelas RM150 sahaja.
Dalam kelas asas fondant ni, anda akan diajar;
i. Cara membuat fondant dan royal aising
ii. Cara mencanai dan meletakan atas kek
iii. Cara membuat bunga rose, daun, bunga dan hiasan-hiasan mudah yang lain
iv. Pelbagai teknik hiasan lain yang akan menampakkan kek fondant anda esklusif dan cantik dan nampak macam profesional
v. Pelbagai petua-petua penting semasa menghias kek fondant
Jika anda dah ada minimum geng 4 orang kawan, saya boleh start kelas pada bila-bila masa (weekdays). Kiranya ikut masa free anda laa, sebab kalau nak tunggu saya masukkan dalam jadual bulanan, mungkin anda kena tunggu lama sket.
Satu lagi....jangan lupa tengok jadual bulan April ya...ada macam-macam kelas seperti buat biskut raya (semua resepi baru), kelas praktikal pizza, bun dan kelas kek cheese.