Fresh cream/whipping cream atau juga dikenali sebagai krim putar adalah antara jenis-jenis krim yang digunakan untuk menghias kek dan banyak digunakan dibakery-bakery.
Walaupun penggunaanya mudah (cuma keluarkan dari kotak dan putar), tetapi ramai antara kita yang tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang betul bagaimana menggunakan fresh cream. Kalau kurang pukul, krim akan menjadi lembik dan kalau terlebih pukul pula, krim akan menjadi terlalu keras (stiff) dan akan menyebabkan sapuan ke atas kek menjadi sukar, tidak licin dan cantik.
Dalam kelas hari ni, pelajar diberikan penerangan lengkap mengenai jenis-jenis krim (mana yang boleh putar, mana yang tak boleh) dan petua-petua penting bagaimana menggunakan whipping cream terutamanya dalam menentukan tekstur yang betul untuk sapuan ke atas kek.
Pelajar juga diberi penerangan lengkap bagaimana prosedur sebenar meletakkan sugar atau edible image ke atas kek. Petua-petua penting bagaimana memastikan sugar/edible image yang diletakkan ke atas kek tidak berkedut juga diperturunkan.
Selain itu, kelas juga dipenuhi tips-tips sampingan bagaimana meletakkan coklat cair di kek supaya nampak macam coklat meleleh, resepi free butter cake dan pelbagai petua-petua berguna lain.
Setelah diberikan panduan dan ditunjukkan cara-cara betul untuk memukul krim dan menyapu ke atas kek, pelajar berkesempatan menghias sendiri tiga jenis kek popular yang sering menjadi permintaan - Black Forest, Blueberry dan Kek dengan sugar/edible image.
Hasilnya, sanggat membanggakan, walaupun kesemua pelajar baru pertama kali menghias kek menggunakan whipping cream.
Yang best lagi, pelajar senyum sampai ke telinga sebab boleh bawak balik tiga kek untuk dikendurikan di rumah.
So, sesiapa yang nak belajar cara betul menggunakan whipping cream, jom joint kelas Bzee. Kelas juga boleh diadakan pada hari weekdays dengan jumlah pelajar minimum 4 orang.