Ni, satu lagi kelas yang kini semakin mendapat permintaan tinggi - Soft Fondant atau Steamed Buttercream.
Berbaloi kalau belajar teknik baru menghias kek cara steamed buttercream ni terutamanya pada anda yang selalu boring dan tension sebab tak dapat hasilkan kek yang kemas dan cantik.
Dengan mempelajari teknik ni, walaupun anda tak pernah langsung menghias kek, saya jamin, di akhir kelas, anda pasti terpegun melihat hasil yang dihasilkan.
Kelas praktikal ini (terhad untuk 4 pelajar setiap sesi) akan mendedahkan anda kepada:
. pelbagai aspek hias kek bermula daripada asas membuat buttercream
. bagaimana membuat teknik steamed buttercream
. bagaimana membuat border yang cantik dan ekslusif (sesuai untuk digunakan sama ada dikek-kek biasa ataupun untuk kek kahwin
. bagaimana untuk membuat bunga ros, daun (dengan teknik mudah saya, anda pasti boleh menghasilkan bunga ros daripada buttercream - saya akan ajar sampai dapat)
. dan yang paling best, anda akan menghasilkan sendiri kek kahwin 3 tingkat
Kelas berharga RM250. Anda hanya perlu membawa apron, turntable dan kain lap. Bahan-bahan lain akan disediakan. Kesemua kek tiga tingkat tu boleh bawak balik.