Nov 16, 2012

DIY CIKGU ALIZA & LIZA

Asskm dan alooo untuk semuaaa... Hari ni, dua cikgu Aliza orang Kelantan dan Liza orang Sarawak datang belajar Durian Crepe, Marble Cheese Cake, Pecan Heaven dan Quiche ngan saya. Dia orang ni target nak balik awal....tapiiiii...mana bleh. Kalau buat DC mesti ambik masa lama.

Buat DC ni renyah kerjanya (renyah - bahasa utara saya yang bermaksud - rumit/leceh). Pas buat kulit/crepe tu, Kak Aliza kata...``patut laa orang jual mahal DC ni...sakit pinggang akak,'' hehhehe...haaaa baru tahu susahnya nak buat DC ni. tu belum tiba part nak buat cream dia la, nak mengopek duriannya, nak buang bijinya..pastu nak kena membalut plak...hmmmmm memang list keja yang panjang. So, pada adik-adik yang nak berniaga tu, pikir-pikirkan dulu senarai keja yang panjang tu sebelum chobaan nak letakkan rega yang jauh lebih rendah daripada harga standard yang skarang yea......hehhehehe.

Okeh, tak nak beletiaq lagi...jom kita tengok gambaq kelas hari neh:

Quiche

Marble Cheese Brownies

Crepe yang perfect - ni Kak Liza buat...

DC...potong memanjang

Za

Kak Aliza

Okeh...kan saya bagi sebelum ni nak cuba buat Green Tea Panna Cotta...tadi masa Kak Aliza n Liza sibuk mengerep, saya try buat...alhamdulillahh...sodapp....pahit-pahit manisss....



Ni Green Tea Panna Cotta yang saya combinekan dengan passion fruit....waaaallaaaaa